13 Jan 2014

JUARA bertahan, SSTMI Thunderbolts bermula garang apabila membelasah SSTMI Juniors 6-1 pada aksi pembukaan Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Kebangsaan di Stadium Taman Daya Stadium,  Johor Bahru, semalam.

Jurulatihnya, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman puas hati dan percaya anak buahnya mampu menjaringkan lebih daripada enam gol.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati. Cuma, pemain terburu-buru dengan peluang terhidang, jika tidak mungkin banyak gol boleh terhasil," katanya.

Gol Thunderbolt dijaringkan Mohd Aminuddin Mohd Zain m-13 dan m-31; Muhd Amirol Aideed Md Arshad m-23; Muhd Sufi Ismat m-37; Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi m-39 dan Azril Misron, manakala Raja Muhammad Izzat Raja Hussin menghasilkan jaringan sagu hati lawan.

Sementara itu, di Stadium Hoki Pantai, Bangsar, Olak-PKT tiada masalah menewaskan KL Sports School Juniors-MSSSWP 6-0.

Read 694 times
Rate this item
(0 votes)

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.